Isnin, Oktober 25, 2010

Erti persahabatan ini

dengarkanlah lagu kenang-kenangan sebagai ingatan bersama~


Hembusan bayu lembut bertiup 
Deru ombak yang memukul pantai 
Sayu hati bila terkenangkan 
Memori indah bersama 
Dengarkanlah lagu kuciptakan 
Tanda ingatan tulus buatmu 
Moga abadi di sanubari 
Bersemi buat selamanya 

Segala yang manis pasti ada pahitnya 
Begitulah jua hidup bersama 
Segala yang indah jadikan hiasan 
Segala yang buruk jadikan sempadan 

Masih segar di ingatan ku sentiasa 
Kenangan menggamit rasa 
Tempuhi onak dan duri 
Itulah yang diharungi 
Janji yang telah kita bina 
Tetap kekal abadi 

Seandainya dugaan datang menerpa 
Hingga dirimu terluka 
Usah ditangis hibanya 
Kerna aku bersamamu 
Mengubat hati yang duka 
Demi janji kita 

Marilah suburkan kembali 
Hubungan dengan kejujuran 
Leraikan segala impian 
Buktikan dengan keikhlasan 
Moga persahabatan ini 
Mengajar erti kehidupan 
Dalam rahmat Tuhan yang Esa 
Bahagia selamanya...

1 ulasan:

  1. ditujukan kepada semua sahabatku..ingatlah setiap duka pasti ada suka..manis pasti ada pahit..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan kita~

    BalasPadam