Aku sekali lagi berada di dalam keadaan yang mana aku kira sedih untuk kufikirkan mengenainya,namun gerak hati berbisik supaya jangan mudah putus asa dan selagi ada kudrat,usahalah kearah yang lebih baik.
Tanpa ku sedar
ISTIKHARAH memanggilku supaya berteman denganNYA
memanggilku untuk meminta pertolongan dariNYA
mumujukku supaya mengadu kepadaNYA
kerana DIAlah Maha Pendengar dan Maha Mengetahui
Aku sedar
bukan mudah untuk membuat keputusan
bukan mudah untuk melafaz janji
bukan mudah untuk merungkai kata.....namun..
aku diseru untuk MUSYAWWARAH..
satu akal yang bersuara membuat keputusan
sama sekali sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu
dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu
dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak...
Aku terkesima
sedih
terdetik dihati..
sikitnya ilmu dan pengalamanku..
tanpa kutunggu..
HATIKU membisikkan
wahai pemilik hati..
tunjukkanlah jalan mana yang harus kutuju..
akhirnya,
keputusanku adalah muktamad
itulah langkah yang kulalui untuk membuat sesuatu keputusan..
Isnin, Oktober 25, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan